PiCoLaXx'S wOrLd

Monday, June 29, 2009

lari-lari ayam!!

sudah seperti menjadi rutin harian aku untuk mencatatkan sesuatu di dalam blog sebelum memulakan kerja2 di pejabat..(takder keje sangat pun..buhsan..)
aku selalu melepak di rumah pakcik aku di cheras.. utk ke pusat bandar, aku terpaksa menaiki bas yang memakan masa hampir satu jam, or kadangkala hampir dua jam bergantung kepada keadaan kesesakan jalan raya.. so aku selalunya aku akan keluar sekali ngan pakcik aku pada awal pagi bila dia hendak ke pejabat..
kami selalu breakfast sama2 sebelum dia masuk ke pejabat.. yang menariknya di sini, sampai pejabat lebih kurang pukul 8, then kami keluar semula menuju ke gerai roti canai berhampiran.. aku tak tahu pukul berapa waktu pejabat, tapi kebiasaannya pukul 8 pagi kan?? or maybe pukul 9??
then kami pun makan2 sambil sembang2.. sambil dengar celoteh pakcik aku yang memang sentiasa sarat dengan cerita menarik.. kadangkala kena ceramah free pun ada.. hehe
jam menunjukkan hampir pukul 9 pagi, tetapi aku dapati kedai mamak yang kami kunjungi nih masih sesak dengan pelanggan. semua memakai kemeja dan tali leher, bagi yang perempuan pula memakai baju kurung dan macam2 fesyen la.. pukul berapa diorg nak start keje nih?? haha
selepas tamat pengajian di universiti di jepun, aku ditawarkan untuk bekerja dengan sebuah company jepun. since di sini lah tempat pertama aku menjadi pekerja sepanjang hayat aku, so aku tak tahu sangat budaya kerja di malaysia. seperti yang semua maklum, jika disebut tentang etika kerja di jepun, apa yang selalu dibayangkan oleh kita ialah ketepatan masa, tekanan, bekerja dgn tekun, dan blablabla.. mereka memang punctual.. dan jika ada projek yang harus diselesaikan, mereka akan memberi 120% komitmen untuk menjayakan projek tersebut. jarang dilihat pekerja yang curi tulang di sini (kecuali la aku..hehe)..
bagi kebanyakan mereka, kerja menjadi keutamaan berbanding perkara peribadi.. termasuklah keluarga..
aku pelik bin ajaib juga la bila ada di kalangan senior aku yang datang kepejabat 45mins awal dari waktu pejabat bermula. bila ditanya buat apa datang awal2 ke pejabat? mereka kata utk relax sekejap, minum2 kopi, buat preparation sblom memulakan tugasan. waktu pejabat di tempat aku bekerja adalah pukul 9 pagi. pukul 9 pagi bermakna semua kerja2 harus dimulakan.. pada mulanya agak sukar juga utk aku mengikuti budaya begini, but lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan. tapi satu perkara yang aku tak boleh uba ialah, waktu datang ke pejabat. selalau nya aku akan sampai 5mins sebelum kol 9. or tepat kol 9.. haha.. aku tak suka datang awal2 dan lepak2 dan sebagainya sebab semua nih akan buatkan aku rasa mandom dan mengantuk. aku harus mulakan pagi aku dengan pergerakan yang aktif agar aku rasa segar. so selalunya bangun tedo pun agak lewat, supaya aku terpaksa bekejar ke stesen ketapi.. pilih ketapi yang paling lewat yang boleh, so aku terpaksa berlari2 or berjalan laju utk ke pejabat dari stesen.. sampai di pejabat, termengah2 tak cukup nafas..huhu
so takder la aku rasa ngantuk sangat kat opis nih..
itu saja tips utk ari ni...
sekian
posted by picolaxx at 9:09:00 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home