PiCoLaXx'S wOrLd

Tuesday, June 30, 2009

this is not good bye, but this is starting over...

today is my last day with this company..
feel sad... mmm not really..
happy??.. well, not that much..
but for sure i will miss u guys.. miss everything that i had in here..
miss my lovely boss, and staffs here..
for sure i will miss the lab which i spent most of my time while working in here..
i will miss u cathode and anode.. i will miss u guys...

quite nervous waiting to do my speech in front of my seniors before i leave today..
i wanna to thanks u guys for being soo nice to me until the today.. thank you for ur support and advices.. deep inside my heart, i really appreciate it..
to my boss, thank you soo much for everything..blablabla...(yg selebihnye aku simpan dalam hati.. takder kata yg dapat aku luahkan lagi...)
cett.. mcm la diorg baca blog aku nih..
aku tidak ada perasaan sesal meniggalkan opis nih.. dalam jangka masa yang pendek, banyak perkara yg telah aku pelajari.. sepanjang berada di sini juga, banyak peristiwa yang telah berlaku dalam hidup aku..
aku berpuas hati, kerana aku telah memberikan yang terbaik sepanjang aku berkhidmat di sini..
aku tidak menjangkakan bahawa aku akan meniggalkan syarikat ini terlalu awal.. tetapi aku selalu mengingatkan diri aku bahwa semua yang bermula pasti akan berakhir.. oleh itu, dalam setiap aper jua yang aku lakukan, aku akan berikan yang terbaik.. aku lakukan dengan penuh komitmen dan tekun.. aku lakukan sebaik yang aku boleh.. sedih tetap ada, walau tak banyak sangat la.. but perasaan menyesal tidak timbul.. segala2 nya telah aku curahkan sepanjang aku berkhidmat di sini.. aku telah membuktikan kebolehan aku.. sekurang2nya boss lama aku amat menyukai kerja2 aku.. aku sangat bersyukur kerana mereka menerima aku dengan baik.. eventho ada sesetengah dari mereka memandang sinis akan kebolehan yang aku ada.. tapi aku tak ambil peduli... aku cuma akan memberikan yang terbaik kepada orang yang benar2 mempercayai aku.. yang lain2 tu, bleh blah..!!
aku bergerak dan bekerja berdasarkan kepercayaan yang org berikan pada aku.. berikan aku tugas, aku tidak akan mensia-siakannya.. dengan syarat yakin dengan aper yang aku lakukan..
jika org mencurigai kebolehan aku, aku juga sebenarnya jadi goyah adan sukar untuk menjayakan sesuatu projek.. jadi malas pun yer jugak..haha

anyway, thanks la to all.. mudah2an ada rezki jumpa lagi.. i will keeps all the best memories with u guys..

babai
posted by picolaxx at 2:00:00 PM 0 comments

Monday, June 29, 2009

lari-lari ayam!!

sudah seperti menjadi rutin harian aku untuk mencatatkan sesuatu di dalam blog sebelum memulakan kerja2 di pejabat..(takder keje sangat pun..buhsan..)
aku selalu melepak di rumah pakcik aku di cheras.. utk ke pusat bandar, aku terpaksa menaiki bas yang memakan masa hampir satu jam, or kadangkala hampir dua jam bergantung kepada keadaan kesesakan jalan raya.. so aku selalunya aku akan keluar sekali ngan pakcik aku pada awal pagi bila dia hendak ke pejabat..
kami selalu breakfast sama2 sebelum dia masuk ke pejabat.. yang menariknya di sini, sampai pejabat lebih kurang pukul 8, then kami keluar semula menuju ke gerai roti canai berhampiran.. aku tak tahu pukul berapa waktu pejabat, tapi kebiasaannya pukul 8 pagi kan?? or maybe pukul 9??
then kami pun makan2 sambil sembang2.. sambil dengar celoteh pakcik aku yang memang sentiasa sarat dengan cerita menarik.. kadangkala kena ceramah free pun ada.. hehe
jam menunjukkan hampir pukul 9 pagi, tetapi aku dapati kedai mamak yang kami kunjungi nih masih sesak dengan pelanggan. semua memakai kemeja dan tali leher, bagi yang perempuan pula memakai baju kurung dan macam2 fesyen la.. pukul berapa diorg nak start keje nih?? haha
selepas tamat pengajian di universiti di jepun, aku ditawarkan untuk bekerja dengan sebuah company jepun. since di sini lah tempat pertama aku menjadi pekerja sepanjang hayat aku, so aku tak tahu sangat budaya kerja di malaysia. seperti yang semua maklum, jika disebut tentang etika kerja di jepun, apa yang selalu dibayangkan oleh kita ialah ketepatan masa, tekanan, bekerja dgn tekun, dan blablabla.. mereka memang punctual.. dan jika ada projek yang harus diselesaikan, mereka akan memberi 120% komitmen untuk menjayakan projek tersebut. jarang dilihat pekerja yang curi tulang di sini (kecuali la aku..hehe)..
bagi kebanyakan mereka, kerja menjadi keutamaan berbanding perkara peribadi.. termasuklah keluarga..
aku pelik bin ajaib juga la bila ada di kalangan senior aku yang datang kepejabat 45mins awal dari waktu pejabat bermula. bila ditanya buat apa datang awal2 ke pejabat? mereka kata utk relax sekejap, minum2 kopi, buat preparation sblom memulakan tugasan. waktu pejabat di tempat aku bekerja adalah pukul 9 pagi. pukul 9 pagi bermakna semua kerja2 harus dimulakan.. pada mulanya agak sukar juga utk aku mengikuti budaya begini, but lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan. tapi satu perkara yang aku tak boleh uba ialah, waktu datang ke pejabat. selalau nya aku akan sampai 5mins sebelum kol 9. or tepat kol 9.. haha.. aku tak suka datang awal2 dan lepak2 dan sebagainya sebab semua nih akan buatkan aku rasa mandom dan mengantuk. aku harus mulakan pagi aku dengan pergerakan yang aktif agar aku rasa segar. so selalunya bangun tedo pun agak lewat, supaya aku terpaksa bekejar ke stesen ketapi.. pilih ketapi yang paling lewat yang boleh, so aku terpaksa berlari2 or berjalan laju utk ke pejabat dari stesen.. sampai di pejabat, termengah2 tak cukup nafas..huhu
so takder la aku rasa ngantuk sangat kat opis nih..
itu saja tips utk ari ni...
sekian
posted by picolaxx at 9:09:00 AM 0 comments

Friday, June 26, 2009

friday..

today is friday.. tomorrow is saturday..
means holiday la..
baca paper sebaik saja aku sampai kat opis pg tadi..
agak terkejut juga.. raja pop popular meninggal dunia..
pada umur 50thn, and im sure ramai yang juga yang terkejut..
ramai bintang2 popular yg mmg berbakat besar dan banyak menyumbang kepada perkembangan industry music negara atau dunia meninggal dunia pada usia yang muda.. di malaysia misalnya, kehilangan seniman agung Tan Sri P. Ramle dan Datuk Sudirman merupakan kehilangan yang sungguh besar dalam industry seni tanah air.
kenapa seniman2 ini meninggalkan kita begitu awal sekali? kita lihat persembahan bertenaga mereka di pentas, menghiburkan penonton di kaca TV dan pawagam, mengundang sorakan dan tepukan gemuruh setiap kali membuat persembahan, sentiasa tersenyum dihadapan lensa kamera... tapi setiap kejadian yang berlaku di sebalik pemerhatian kita, hanya yang empunya diri merasainya.. setiap kepayahan, keperitan, kesusahan, penat lelah mereka jarang diantara kita yang mengambil peduli..
aku juga bukanla peminat setia P Ramle dgn mengikuti segala perkembangan hidupnya.. aku juga bukanlah pemuja Sudirman yang sentiasa mendengar muzik dan nyanyian nya setiap masa.. tapi aku kagum dan hormati kejayaan yang pernah mereka kecapi dalam bidang yang mereka ceburi.. begitu juga dengan kejayaan yang cukup luar biasa bagi biduanita muda negara, Datuk Siti Nurhaliza, mendatangkan impak yang cukup besar dalam industry seni suara tanah air.. Kejayaan Datuk Bernad Chandran dalam industry fesyen sungguh dikagumi oleh pereka2 fesyen yang lain..
aku tidak menyentuh tentang kejayaan2 individu2 lain dalam bidang politik, perniagaan dan sebagainya sbb aku tidak mengenali mereka.. bintang seni dan yang berkaitan dengan dunia glamour saja mampu aku sebutkan disini sbb sesiapa sahaja mengenali ikon tersebut.. siapa yang tidak kenal dgn Datuk siti Nurhaliza.. satu nama yang memang sudah terpahat dalam diri kebanyakan rakyat msia.. sama ada yang memujanya atau yang membenci nama tersebut, rata2 mengakui kehebatan dan keunggulan yang dimiliki beliau..
aku percaya kepada setiap kejayaan itu bermula dengan hasil kerja keras yang gigih dan tidak pernah mengenal erti putus asa.. aku mengkagumi insan2 yang mempunya semangat juang yang tinggi dalam mencapai cita2 yang mereka impikan.. seringkali timbul rasa cemburu dan iri hati, bukan terhadap kejayaan mereka, tetapi terhadap semangat yang mereka miliki untuk merealisasikan impian dan harapan mereka..
aku juga ingin menjadi kuat seperti mereka... aku tak mahu menoleh ke belakang lagi.. i`ll do whatever its take to achieve my goals..
setiap perkara yang kita lakukan pasti mempunya sebab dan mempunya tujuan.. kesabaran dalam mengharungi dugaan pemangkin kepada kejayaan. tanpa mengena erti putus asa, sentiasa ,mencuba dan berani, merupakan salah satu resipi untuk mengecapi kejayaan..
ramai yang bertanya kenapa aku tidak mahu pulang ke tanah air.. daripada pemerhatian aku, kawan2 disekeliling aku yang masih tinggal di sini, mempunya sebab yang pelbagai mengapa mereka tidak mahu pulang ke tanah air.. ada yang mahu terus tinggal disini dan bekerja kerana mengejar kemewahan, ada yang kerana dilamun cinta, ada yang berasakan belum puas menikmati kehidupan disini, dan tidak kurang juga yang ingin membeli kereta..
bagi aku pula, wang dan keseronokan semasa berada di rantau orang bukan lah menjadi keutamaan.. kehidupan di jepun bukanlah semudah dan semewah yang disangka.. setiap hari berdepan dengan tekanan, ujian dan bermacam2 lagi yang kadangkala mampu melunturkan semangat dalam diri setiap individu. apa yang menariknya hidup di sini? sebatang kara, tanpa keluarga dan teman2 lain.. hidup terasing di bumi yang penuh dengan seribu satu dugaan.
secara jujurnya, aku akui jika aku mengambil keputusan utk pulang saja ke malaysia, kehidupan aku akan bertambah mudah. takder duit dalam poket pun takpe, balik kampung dapat makan free.. tapi perkara yang paling aku suka, yang membuatkan aku terus mahu tinggal di sini ialah kerana adanya segala kesusahan, segala cabaran, segala rintangan yang perlu aku tempuhi utk mengecapi kejayaan. ramai rakan2 aku, saudara mara, cikgu2 di sekolah dulu, dan keluarga aku menggambarkan aku seorg yang berjaya.. aku sudah berjaya di mata mereka.. secara peribadi, aku tak pernah mengatakan yang aku ini telah berjaya. aku meletakkan satu level utk aku capai, sebelum aku boleh mengatakan yang aku telah berjaya. jika dulu kejayaan yang menjadi ukuran adalah kejayaan akademik, kejayaan mendapatkan kerja di sini (bukan mudah utk mendapatkan kerja di jepun nih), kejayaan dalam percintaan ( slalu jer kecundang di tengah jalan), dan juga kejayaan utk mencapai cita2.
semasa aku di bangku sekolah dulu, ada tiga perkara yang sentiasa aku sebut dalam doa aku..

1. berbahgia bersama x-gf aku
2. dapat straight A dlm peperiksaan spm
3. dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara

*utk permintaan aku yang pertama, yes i was soo happy with her... she was my 1st and true love.. i will do anything for her.. i gave all my heart and my soul just for her.. but cinta kami kecundang di tengah jalan.. dia pergi dari hidup aku membawa segala semangat dan jiwa aku.. aku jadi lemah sejak kehilangan dia.. seringkali aku bermimpi yang dia datang berlari2 kembali kepada aku.. tapi itu semua mimpi.. tak mungkin perkara tersebut akan berlaku.. dari kejauhan, aku mendoakan kebahgiaan hidupnya bersama insan yag dia pilih.. dah jadi puan dah pun, and i saw her pics with her son and husband.. hope they really happy with their life..
*doa aku yang kedua.. aku menjadi best student skolah aku. semua org sudah menjangkakan yang aku akan menjadi best student berdasarkan prestasi aku pada peperiksaan yang lepas. eventho aku tak dapat straight A, but keputusan aku tu melayakkan aku menjadi best student di sekolah dan antara yang terhebat di daerah aku. mmg sedikit terkilan kerana tak dapat straight A, but aku tetap bersyukur dengan kejayaan tersebut.. sekurang2nya penat lelah aku selama ini berbayar.. biarpun tidak seperti yang aku harapkan, sekurang2 nya Tuhan tetap menganugerahkan kejayaan yang cukup manis dalam hidup aku.
*doa aku yang ketiga.. yes, im now still in japan.. berjaya mendapatkan tempat untuk menyambung pelajaran ke luar negara, walaupun pada asalnya, tidak pernah terlintas di hati aku untuk datang ke jepun. Parents aku mengharapkan aku menjadi seorg doctor. sejak di bangku sekolah lagi, sering ditekankan kepada aku perkataan 'doktor, doctor, dan doktor', besar harapan aku sekiranya dapat memenuhi impian kedua org tua aku. tapi apakan daya, rezeki tidak menyebelahi aku. Permohonan utk ke Ireland, UK, or Australia tidak berjaya. tetapi aku terpilih utk ke jepun, dan aku berjaya menempatkan diri di salah sebuah unirvesiti terkemuka di jepun dalam bidang biology.

so sebab itulah aku tak pernah mengatakan yang diri aku ini telah berjaya secara total..

bila difikirkan kembali, Tuhan tidak memakbulkan doa aku 100%, tetapi Dia maha kaya, memberikan aku laluan untuk aku mengenali diri sendiri. selama ini, aku jarang memikirkan tentang keperluan dan keinginan aku sendiri. aku cuma mengikut acuan dan perkara yang telah diputuskan utk aku. aku juga tidak pernah mahu melihat dunia luar. maksud aku di sini, aku akan menjadi buta bila sudah mendapat aper ayng aku inginkan, dan tidak menyedari bahawa kehidupan ini bukanlah semudah seperti yang disangka. setiap apa yang aku rasa baik (mungkin terbaik) utk aku, sebenarnya bukanlah perkara yang memang betui2 baik untuk aku. Aku mula mengenali diri sendiri setelah aku berada di sini.. aku mula mengenali kekuatan dan kelemahan diri setelah dihimpit dengan segala macam cabaran dan rintangan. aku pernah dihina, diperbodohkan, diperlekehkan, dipermainkan dan dipandang dengan sebelah mata.. semua ini menyedarkan aku bahawa, aku harus menjadi yag terbaik dan berusaha dengan lebih gigih lagi.
semasa di sekolah, aku sering dipuji, dilambung2 n diatatang bagai minyak yang penuh. semua itu menghanyutkan aku dari dunia realiti. sebagai natijahnya, aku menjadi goyah dan tenggelam dalam lautan bila badai yang besar melanda kehidupan aku. aku lemas dalam dunia khayalan aku sendiri tanpa ada yang mahu menyedarkan aku utk bangun dari terus dibuai mimpi.
aku mengambil masa yang sangat panjang utk bgn kembali.. eventho aku blum lagi pulih sepenuhnya dari rentetan kehidupan yang telah berlaku dalam hidup aku, tapi aku dapat rasakan yang kini aku semakin kuat utk menyusun langkah aku semula. 5 tahun sudah cukup utk aku menderita. masa yang begitu lama membazir begitu saja. sering juga tertanya, apakah aku sudah terlambat utk memulakan kehidupan aku semula?? dulu memang aku selalu lemah semangat dan tak kesah dengan kehidupan aku. tapi kini, aku yakin, masa depan aku masih cerah.. kejayaan utk aku masih setia menunggu utk aku menggapainya. kebahgiaan yang aku cari masih ada menanti di hapan aku. aku yakin suatu hari nanti aku boleh menyatakan kepada parents aku bahawa aku sudah mencapai kejayaan dalam hidup aku..
cuma yang perlu aku lakukan sekarang, focus dalam perkara yang ingin aku lakukan, tetapkan matlamat, dan berusaha utk mencapai setiap aper yang telah dirancang.
semoga aku berjaya dalam pertarungan hidup aku kali ini..
posted by picolaxx at 10:00:00 AM 0 comments

Thursday, June 25, 2009

farewell lunch

so arini ada farewell utk aku.. mm makan kat italian tomato..
actually aku takmo farewell2 nih, sbb nnt kena bagi ucapan la n sebagainyer..
aku nih pemalu..
but boss aku nak buat gak.. mm ok la..kalo tamo dinner kita buat lunch, katanya.. so pergi la makan reramai tadi.. aku rasa 1st time jugak la dalam hidup diorg buat farewell tanpa minum2.. haha.. since nomi hodai, smer banyak minum kopi, tea ngan jus ajer..
aku tak tau nk bg ucapan aper.. tapi jauh disudut hati aku, aku rasa terharu n amat berterima kasih diatas layanan yang diorg berikan pada aku.. aku lebih banyak menimba ilmu n banyak belajar perkara baru selama aku 10bulan kat sini berbanding semasa 4 tahun aku di university dulu..
pengalaman yg sungguh menyeronokkan.. org kata bekerja ngan kompeni jepun nih susah n penuh ngan cabaran, but aku suka... berikan kepada aku kepercayaan utk melakukan tugasan, n aku akan sempurnakan sebaik mungkin..
tapi kalo ada org meragukan keupayaan aku, aku pun rasa malas nak bekerja ngan org tu.. rasa tak semangat pun nak buat keje.. mcm skrang nih.. tgh keje pun sempat memblog lagi..hehe.. blasah..
so aku kena pkkan aper yg perlu utk aku buat skrang.. for sure aku nak tingkatkan level n quality aku la.. and upgrade skills yang perlu..
or maybe carik keje baru??haha
mm semasa dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama after upsr, adik aku baru jer lahir.. dia lahir hujung bulan satu, n aku dapat tawaran tu sekitar awal bulan 3... sbb sayang nak tinggalkan adik aku, aku tolak tawaran tu.. haha.. sedara mara aku marah kat aku sbb tolak peluang keemasan.. sbb sekolah yang menawarkan tempat utk aku tu salah sebuah skolah yg terkenal n hebat.. diorg kata, kalo nak jaga adik pun, g belajar tinggi2 dulu then nnt baru bleh jaga diorg..
so tgk la skrang.. aku dah belajar tinggi2, dah sampai lura negara.. tapi aku tak dapat melihat adik2 aku membesar depan mata aku.. sesekali berkomunikasi dgn dirg melalu webcam, aku dapat lihat perubahan yang ketara pada diri diorg smer.. yer la, masing2 dah tinggi dan dah besar.. perasaan rindu tak pernah padam.. homesick tu dah takder dah, sbb mmg dah lama dah aku duduk kat sini.. tapi mmg aku merindui utk bermesra ngan adik2 aku, bermain ngan diorg, mandikan diorg, suapkan makanan, dengar celoteh n gelak tawa diorg... dari dulu sampai sekarang adik-beradik aku la kawan2 aku.. eventho mereka masih kecil bila aku bersedih, diorg dapat rasa kesedihan aku.. walaupun aku tak bgtau.. bila aku gembira.. mm mcm2 dirg mintak aku.. nak helikopter la, nak lori la, nak jaket la.. haha.. budak2..
td abang aku bgtau barang yang aku pos utk diorg baru ajer sampai.. mulanyer kena tahan kat kastam.. ckp barang tak lepas n kena bayar tax smer.. pale hotak diorg nih (ditujukan kepada pihak kastam).. bukan nyer aku hantar brg berharga pun.. cuma hadian utk adik2 aku.. dan sedikit keropok2 n tea jepun..
aku suh maka aku tanya balik kat kastam tu sbb aper kena bayar.. then td abang aku ckp adik aku dah ambik dah barang2 tu tanpa perlu bayar aper2 pun.. seb baek la..aku pun pelik pasal aper kena bayar.. mahal lak tu..huhu
ramai juga org bertanya kenapa aku takmo balik msia.. n ramai yg buat anggapan yg aku masih lagi merajuk ngan perkara hitam yg berlaku dulu..
dulu mmg la aku sedih, n terluka snagat amat ngan aper yg berlaku.. but now, even perasaan terkilan tu masih ada, but sebab aku masih disini bukan la disebabkan perkara yg dah berlaku 4-5 tahun yang lepas.. aku masih disini sbb aku masih tak dapat lagi aper yg aku nak.. aku jenih org yg akan bersuaha sampai dapat aper yg aku inginkan.. but now, utk carik kembali semangat tu punya la susah.. aku tak sekuat dulu.. but from now, at least aku mau carik semula semangat juang aku yg telah lama hilang tu sblom aku aku buat aper2 keputusan..
aku kena persiapkan diri n membuat persediaan yg teliti sebelom turun utk berperang semula.. aku yakin aku mampu melompat ke bulan semula... aku mampu menggapai bintang2 yag berkelipan.. aku mampu menjadi sehangat matahari.. (ayat tak hingat2..wateber).. aku mmg sentiasa hot pun luaran n dalaman.. hehe
arini ada temujanji ngan hair stylist aku.. nak kasik potong skit rambut aku nih.. aku suka pergi ke kedai tu n slalu potong ngan stylist yg sama.. kitaorg dah bleh jadi kawan dah.. dia suh aku carikkan awek msia yg cun utk dia.. sengal..!! haha.. dia kata awek2 jepun nih mcm diva.. opkos dia pun japanese.. tapi ruma mcm kacukan skit.. n org pun slalu inagt yg aku nih kacukan gak.. since aku nih mmg popular dimana2 termasukla tempat kedai gunting rambut tu, bleh la plak staffs kat situ ckp yg kami nih adik bradik.. wakaka..blasah..
mm kali nih aku serahkan bulat2 pada dia bagaimana nak buat ngan rambut aku yg dah panjang nih.. aku pun akan bg idea skit2 rambut yg mcm mana aku nak.. kali nih panjang style plak..
eh aku perasan yg blog aku nih dah jadi caca marba plak.. kejap kisah aku masa skolah, kejap masa keje, kejap masa aku tgh mencari2 sesuatu.. balsah la.. bukan ada org pun yg nak baca blog aku nih.. aku memblog pun sbb sajer suka2 n sebab buhsan..
ok la.. dah panjang nih.. lenkali plak aku blogging..
posted by picolaxx at 2:32:00 PM 0 comments

Wednesday, June 24, 2009

hujan...

hujan lebat kat luar sana... kat dalam opis nih senyap ajer.. banyak yang attend meeting kot..
waduhh... hujan2 mcm nih kalo time cuti kan best.. bleh aku landing2 atas katil lelama tanpa perlu bergerak ke mana2..
kat opis nih this week mmg tak banyak keje.. sampai aku plak naik buhsan sbb dah tak tau nak buat ape..
tugasan aku smer aku dah selesaikan.. cuma meja ajer blom kemas sbb yang tinggal cuma data2 n fail2 ajer.. nak dikemaskan kena rujuk sempai aku dulu.. kang terkemas data sulit kang, naya ajer..
tinggal beberapa ari jer lagi.. takder ke benda yang menarik utk dibuat pada hari ini eh??
nak berangan sepanjang ari pun, tak tau aper yang nak aku angankan.. patutnyer aku bawak sesuatu dari rumah tadi.. buku ke, magazine ke.. waduhh..
sampai opis tadi pun bleh lepak2 lagi.. makan brekpes, baca paper, then memerah idea aper aku nak buat ari nih..
tengkok aku nih plak rasa mcm nak tercabut.. salah tedo kot.. or masa aku buat stretching aritu, urat aku terlebih tegang lak.. kalo la aku ada kat kamoung nih.. mm, adik aku mesti dah kena suruh picit2 bahu aku nih.. sakit..
sejuk2 nih buat aku lapar ajer.. ada lagi sejam lebih before lunch hour..
mm, tetiba hilang lak mood nak menulis nih..
sbb takder idea nak tulis aper..
later!!
posted by picolaxx at 10:18:00 AM 0 comments

Tuesday, June 23, 2009

sangap lagi

so aku sangap lagi arini... smer kerja aku dah bereskan awal2 pagi lagi.. but just submited the report after lunch.. sbb nak elakkan boss kasik kerja lain nnt..
dah penghujung aku keje kat sini, makin lama makin malas jadinyer.. so surfing internet n buat plan utk masa depan.. ehemm..
khamis atau jumaat nih ada farewell lunch utk aku.. pada mulanya diorg nak buat farewell dinner but aku tolak.. sbb keadaan kat opis nih berterabur n kelam kabut skit.. malas nak susahkan org.. but boss lama aku nak buat gak sbb dia sayang banget kat aku.. aku pun sayang banget kat dia.. menghormati permintaan dia, aku setuju eventho rasa berat hati gak la... segan la diraikan mcm tu skali.. bukan lama sangat pun aku berkhidmat kat sini.. tak sampai setahun pun..
so lepas nih aku kena lebih berdisiplin n buat perancangan betui2 utk masa depan.. aku dah takbleh nak main2.. aku dah takleh nak mengharapkan bulan jatuh ke riba.. sebaliknya aku yang kena berusaha melompat lebih tinggi lagi utk menggapai bulan.. mungkin lebih daripada itu mampu aku capai..
aku dapat rasakan kehidupan kat sini makin hari makin mencabar.. aku juga sedang berusaha keras utk mengembalikan diri aku yang dulu.. maksud aku semangat dan keazaman yang pernah aku miliki suatu ketika dulu.. aku takmo lagi jadi insan yang lemah dan mudah utk dipermainkan.. kenkadang kita bagi betis, org nak peha pulak.. kali nih saper yang lebih2, aku kasik tapak kaki aku ajer..
dalam rasa sedih utk meninggalkan kompeni tempat aku berkhidmat sekarang nih, aku juga rasa tak sabar2 nak tunggu minggu depan.. sbb aku akan tamat kontrak pada hujung bulan nih.. then aku free sampai dapat projek baru.. aku tak sabar2 nak abihkan kontrak nih sbb banyak perancangan yang dah aku susun dan ingin aku laksanakan since aku tak berapa busy sangat nnt.. pluss group baru nih aku tak berapa suka sangat.. bukannya tak suka pada sempai n teman sekerja, tp tak suka pada kerja yg diamanahkan utk aku.. tak bebas dan terikat pada arahan.. sungguh membuhsankan..
aku tak suka kerja yang tak dapat menyerlahkan keupayaan aku yang sebenar.. aku tak suka kerja yang tak mencabar kebolehan aku.. tanpa cabaran kita takkan kemana2..
about personal life, aku takmo pkkan sangat buat masa nih.. aku ingin tumpukan pada agenda utama aku.. kasik up skit level n skills aku nih.. u`ll see my aura soon..
ingat lagi masa kat skolah.. pernah satu cikgu cakap kat kelas, dia kata setiap kali dia nampak aku study, dia ternampak aura disekeliling aku.. haha.. aku tak tau la pasal aura2 nih kan.. but mmg aku akui, time aku study dulu, aku seolah2 berada dalam dunia yang berbeza dari org lain.. ex-awek aku lalu depan mata pun aku buat tak nampak je.. tapi jeling2 la gak skit2..hehe..
dan aku still ingat lagi sorang member dtg tegor aku bertanyakan sama ada aku ok ke tak.. sbb dia tgk muka aku pelik n murung semacam.. aku failed add maths.. mmg muka aku mcm cuka selama seminggu.. then after that sentiasa ajer score A dalam add maths.. gred B tu kadang2 ajer aku dapat.. but yang peliknyer maths moden plak mcm haremm.. walhal maths moden berganda2 senang dari add maths..
aku juga mampu siapkan aper yang aku lalukan dgn sempurna.. eventho dalam keadaan tertekan aku still lagi dapat teruskan segala kerja2 yang aku mulakan.. mmg pantang menyerah kalah.. aku pernah sampai tak tedo malam 2-3 hari menyipkan baju yang aku jahit.. smayang raya pun missed.. lepas siap smer baju2 yg ditempah, bleh tertedo sampai malam.. hangus hari raya aku mcm tu ajer.. but tak pernah menyesal sbb mmg aku puas hati..
after prep tiap2 ptg akan aku ngan member2 aku ngan cekgu akan jogging ramai2 sampai berbatu gak la jauhnyer.. sampai dada aku sakit pun aku still bleh tahan takmo berhenti sampai garisan penamat.. kuat sungguh semangat aku.. budak2 laki smer lari laju.. kitaorg dah nak sampai kawasan skolah balik, budak2 pompuan still lagi separuh jalan pun tak sampai.. hampehh..
sorry la, bukan mahu menunjuk2 kehebatan diri.. jauh sekali berbangga dan bermegah.. aku cuba utk memberitahu diri sendiri ttg kelebihan yang aku ada.. ttg kekuatan yang aku miliki.. ttg semangat motivasi yang kuat, sentiasa mengingatkan diri utk menggapai kejayaan n kegemilangan.. bila dikenang kembali rentetan hidup aku semasa zaman sekolah dulu, aku jadi malu pada diri aku sekarang.. tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi aku sangat kasihan dengan diri sendiri.. takpe la, semua ini menjadi pengajaran yang amat berguna utk aku mengharungi kehidupan yang seterusnya..
rasa terkilan tetap ada, tapi aper nak buat.. aku tak boleh lagi nak ubah aper yang telah terjadi, but utk masa hadapan, aku akan menjanjikan yang terbaik..
bila difikirkan kembali, masalah yang timbul cuma mengambil masa tak sampai sehari utk membuatkan hidup kita kelam kabut bertahun lamanya.. cara menangani setiap masalah amat penting supaya kita tidak terus hanyut dan lemas dalam dilema dan masalah yang melanda..
mungkin selama ini aku terlalu beremosi dan tidak dapat berfikir secara rasional.. aku harap aku akan jadi lebih tabah n kuat..
banyak perkara yang bermain dalam kepala aku skrang nih.. aku akan cuba selesaikan satu persatu setiap kekusutan yang ada..
arasou!!
posted by picolaxx at 2:20:00 PM 0 comments

Monday, June 22, 2009

keajaiban dunia

aku percaya banyak keajaiban dalam dunia nih..
maybe sesetengah org akan mengatakan pada aku supaya menjadi lebih realistik, tapi aku selalu percaya ada seribu keajaiban yang akan berlaku pada kita jika kita sentiasa berfikiran positif dan tak jemu mencuba..
kadang kala sesuatu perkara itu memang sukar untuk dicapai.. tetapi berkat usaha dan kesungguhan yang kita berikan dalam mencapai tujuan dan matlamat kita dalam sesuatu perkara, pasti ada jalan penyelesaian untuk kita sampai ke destinasi yang ingin kita tuju..
aku juga selalu lemah semangat dan aku dapat rasakan yang aku tak sekuat dulu (dari segi mental).. cepat berputus asa membuatkan aku tidak dapat pergi jauh.. aku selalu berperang dengan perasaan sendiri.. aku ingin jadi kuat semula.. aku kena pastikan setiap cita2 dan matlamat aku akan terlaksana..
kadang kala bila kita berdepan dengan sesuatu masalah, kita rasa mcm sudah tiada esok bagi kita.. begitu juga aku, akan berasa putus asa jika aper yang aku usahakan mencapai kegagalan. sebenarnya aku berasa begitu kerana aper yang aku lihat hanyalah kegagalan dan kesedihan yang berlaku pada diri aku sahaja.. tidak pernah terfikir tentang kesusahan orang lain.. selalu menganggap bahawa permasalahan yang aku alami adalah masalah yag paling rumit dan paling menyayat hati.. sebenarnya bila kita lihat akan permasalahan org lain yang lebih rumit, berhadapan ngan krisis rumahtangga, krisis keluarga, krisis kewangan dan kemiskinan, krisis kehilangan org yg tersayang, kita akan rasa perkara yang kita alami hanyalah seberat sebutir beras sajer..
jadi sentiasa berfikiran positif, dan jangan mudah mengalah.. bukan kita seorg yang merdepan dengan masalah dalam kehidupan, semua org mengalami perkara yang serupa.. cuma masa, keadaan dan situasi sahaja yang berbeza..
dan jika kita mengalah, sebenarnya bukan sahaja masalah tidak dapat diatasi dengan baik, malah kita turut menyumbang kepada bilangan "loser" yang sedia ada dalam dunia nih.. nak jadi loser ke atau nak jadi org yang berjaya?? pilihan di tangan kita sendiri..
dalam mencapai cita2 dan impian, pengorbanan memang perlu.. dan pengorbanan itu menuntut tahap kesabaran yang tinggi utk kita mengharungi kehidupan..
jika kita rasa kita akan mati esok hari, dan takder harapan utk mencari penyelesaian, buat lah sesuatu yang termampu kita lakukan.. berjaya atau tidak menjadi soal kedua.. yang penting, jangan kita sampai menyesal di suatu hari nanti... sekurang2nyer kita dah berusaha sedaya upaya dan memberikan yang terbaik..
ganbare nippon☆☆ノ
posted by picolaxx at 5:08:00 PM 0 comments